MAIN MENU

Thursday 21 September 2017

INTERVIEW SESSION

Assalamualaikum and peace be upon you. Today we're having an interview with one of  ANSARA Muar FC player. As you know, ANSARA Muar FC is a team based in Bangi, but this ANSARA Muar FC (Batch 99) is one of the branches of the team. For this month issue, we had successfully meet the prolific striker, Hazriguez at Malacca. Let's we go to the interview results.

BIODATA:
Hazriguez ketika beraksi bersama pasukan lamanya
Name: Muhammad Hazman Izuddin @ Hazriguez
Surname: Striker 17
Birth Date: 28th January 1999
Birth Place: Johor Bharu, Johor
Nationality: Malaysia
Jersey Number: 17
Current Club: Ledang Tigers FC
Others Club: 1. Fairuz FC (2012 - 2014)
                      2. Bakti United Football Academy (2013)
                      3. MRSM Muar B15 (2014)
                      4. Nilam FC (2015)
                      5. Baiduri FC (2016)
                      6. MRSM Muar (2016)
Appearances: 472 matches
Goals: 249 goals

Pihak wartawan  telah mengadakan temujanji bersama penyerang ANSARA Muar di sebuah hotel di Melaka. Berikut merupakan hasil sesi soal jawab bersama pemain muda tersebut.

APAKAH YANG MENDORONG KAMU UNTUK BERMAIN BOLASEPAK?
Sejujurnya saya tidak pernah jangka bahawa saya akan jadi salah seorang pemain bolasepak yang unggul dalam Liga-Liga Amatur. Saya mula melibatkan diri dalam bolasepak pada umur 13 tahun ketika saya memulakan karier saya sebagai penyerang bagi pasukan Fairuz FC. Ketika itu, ayah dan abang adalah insan  yang banak memberi dorongan kepada saya. Saya masih ingat lagi but pertama saya yang ayah belikan iaitu Lotto (Fuerzapura ST17) sebelum saya mula memakai but Lotto yang diberi gelaran Crystal Crusher ST17 dan meledak banyak jaringan bersama Lotto. Kemudian, saya ditawarkan penajaan oleh Adidas dan mula memakai Adidas Tiger Destroyer pada 2014.

SIAPAKAH IDOLA KAMU BAGI PEMAIN NEGARA DAN LUAR NEGARA?
Bagi idola saya dalam bidang sukan ini ialah James Rodriguez (FC Bayern) dan juga Amri Yahya (Selangor FA). James merupakan pemain muda yang memenangi Anugerah But Emas Piala Dunia 2014 di Rio. Dua ialah pemain yang muda dan hebat dalam sepakan voli. Manakala Amri pula seorang pemain sensasi Malaysia kerana kuda tua Malaysia ini merupakan penjaring ketika Malaysia bertemu Manchester United dan Barcelona.

MENGAPAKAH NOMBOR 17 AMAT SINONIM DENGAN KAMU?
Nombor 17 ialah nombor keramat saya. Di sebalik nombor 17 ini terdapat harapan arwah ayah dan ibu. Selain itu, nombor 17 ialah nombor yang dipakai oleh Amri Yahyah dan saya pernah berjumpa dengannya berhadapan ketika beliau sedang berlatih. Sejak itu, saya mulai minat nombor 17 dan nombor 17 ini juga sudah sebati dengan diri saya.

SENARAIKAN PASUKAN IMPIAN KAMU.
Di bahagian penjaga gol, sudah tentu saya akan pilih Muhaimin walaupun rekod beliau ketika berhadapan dengan saya adalah teruk. Di barisan pertahanan, saya mahukan Umar Siddiq dengan fizikalnya dan kegigihannya yang saya muak, Daniel Haikal dan Raja Syafiq sebagai Wing Back yang sangat pantas melakukan overlapping. Manakala, Fuad Jalil sebagai full back yang pasti menyeramkan pihak lawan. Di bahagian tengah, saya mahukan pemain seperti Alif Shahir dan Haziq Ikhwan yang sentiasa bijak membca gerakan saya untuk membuat hantaran. Afiq dan Irwan pula amat hebat bermain di bahagian sayap dengan crossing yang berbahaya. Di bahagian penyerang pula saya mahukan Abdul Mukmin dan diri saya sendiri kerana kami pasangan yang mampu memberi ancaman.
 
ADAKAH ADA PESANAN ATAUPUN KATA-KATA AKHIR UNTUK MEREKA DI LUAR SANA?
Yes, sure. I wanna say, "Play the ball for the crest on your chest and people will remember your name on the back."

Tuesday 19 September 2017

A DAY TO BE REMEMBER (KIKS LEAGUE)

Liga Kemahiran Insaniah Kemahiran Sahsiah (KIKS) telah diadakan pada awal tahun 2015. Tumpuan dalam aksi ini sudah pasti tertumpu pada pertembungan El Classico antara Berlian FC dan Fairuz FC. Berlian pastinya mahu sekali lagi membuat pasukan gergasi, Fairuz FC gigit jari seperti yang mereka telah lakukan dalamsaingan Liga Migty 2014.

     Perlawanan pembukaan menyaksikan penyerang prolifik Fairuz FC beraksi cemerlang apabila meledak 2 gol ketika membantu pasukannya dengan mudah menumpaskan pasukan Mutiara, bimbingan Mr. Zamzam. Fairuz FC mendominasi 15 minit permainan dengan melakukan banyak serangan berbahaya hasil gandingan pemain utama, Sabri Muhammad dan Alif Shahir. Hasilnya, pada minit ke-5, Hazman mudah menjaringkan gol dari dalam kotak penalti menewaskan Dzeffi Daniel. Bersambung pada babak kedua, Fairuz FC sekali lagi menjarakkan defisit gol dengan menjaringkan gol kedua menerusi Hazman pada minit ke-17.

     Turut beraksi cemerlang ketika saingan Liga KIKS ini ialah juara Piala Koperasi 2013, Delima FC dan juga juara Liga Migty 2014, Berlian FC. Manakala, pasukan underdog, Zamrud FC membuat kejutan apabila berjaya menewaskan Fairuz FC, 3-2. Permainan yang tegang di akhir perlawanan itu menyaksikan pergaduhan antara kapten pasukan Fairuz FC,Sabri dan juga Abdul Mukmin. Jaringan pasukan Zamrud ketika itu diledak oleh penyerang muda,Abdul Mukmin dan Aiman Hakim sebelum diikat kembali 2-2 oleh Hazman dan Hadi. Namun,di hujung babak perlawanan menyaksikan Abdul Mukmin mengecewakan pasukan kendalian Abdul Hadi itu apabila beliau menjaringkan gol kemenangan pada minit-minit akhir perlawanan.

    Perlawanan tumpuan semestinya perlawanan El Classico Muar apabila skuad kendalian Tun Sany bertembung dengan pasukan Fairuz FC. Perlawanan tampak seimbang pada awal permainan, namun pada babak kedua, Fairuz FC mula menukar corak serangan dan berjaya menghadirkan bahaya buat pasukan Berlian FC. Pada minit ke-25, Fairuz FC berjaya mencipta kemenangan apabila Muhammad Hazman sekali lagi menjaringkan gol menerusi 'bicycle kick' selepas menerima hantaran dari sepakan percuma yang diambil oleh Alif Shahir.

    Perlawanan terakhir Liga KIKS menyaksikan tugas berat buat Hazman apabila terpaksa mengetuai pasukannya setelah pemain utama , Fuad, Alif, Sabri dan Zahin terpaksa direhatkan apabila berdepan pasukan hebat,Delima FC yang diketuai oleh Raja Syafiq. Delima FC terlebih dahulu menjaringkan gol pendahuluan menerusi Raja Syafiq sebelum diikat kembali oleh ketua pasukan,Muhd Hazman. Bersambung babak kedua, Delima FC tampak ampuh di bahagian hadapan dengan menaruhkan penyerang tinggi lampai, Amir Farish untuk menerobos gawang yang dijaga oleh Harith Azizan. Namun,pada minit ke-26, sepakan 30m Amri Youhanis berjaya menewaskan Hariz Afham dan kembali meletakkan Fairuz FC dihadapan sekaligus memberi tekanan buat pasukan lawan. Minit-minit akhir perlawanan menyaksikan Hazman mula turun di barisan pertahanan sekaligus berjaya membawa pasukannya muncul juara Liga KIKS 2015. Lebih manis apabila Muhd Hazman menerima Anugerah But Emas tepat pada hari lahirnya dan meraikan kejayaan yang bermakna itu.


LIGA KEMAHIRAN INSANIAH KEMAHIRAN SAHSIAH (KIKS)

Juara: Fairuz FC
Naib Juara: Delima FC
Ketiga: Zamrud FC

Anugerah But Emas: Muhammad Hazman Izuddin (6 gol - Fairuz FC)
Anugerah Sarung Tangan Emas: Abdul Muhaimin (2 clean sheet - Berlian FC)
Amugerah Assister: Harith Adeham (Berlian FC)
Anugerah Fair-Play: Nilam FC

Thursday 14 September 2017

A DAY TO BE REMEMBER (PART #1)

         Dalam aksi Liga Migty 2014, pasukan Berlian mencipta kejutan apabila menjuarai Liga MARA Intelligence Talented Youth (MIGTY) dengan kutipan 12 mata apabila menang 4 perlawanan berturut-turut menentang pasukan Delima FC, Mutiara FC, Nilam FC dan Zamrud FC sebelum tewas kepada pasukan Fairuz FC pada pertembungan terakhir. Berlian FC memenangi Liga Migty tersebut dengan kelebihan 1 mata dihadapan Fairuz FC yang sekadar menang 3 perlawanan dan seri 2 perlawanan menentang Nilam FC dan Zamrud FC.

      Dalam perlawanan terakhir liga itu, kedua-dua pasukan tampak bersemangat menunjukkan kemampuan masing-masing. Di atas kertas, peluang kedua-dua pasukan tampak seimbang kerana Berlian mempunyai keeper, Muhaimin yang sedang on-form, bek tengah yang mantap diketuai oleh Eqram dan penyerang berbisa, Adeham. Berlian FC sering melakukan serangan demi serangan ke kubu pasukan Fairuz FC dalam separuh masa pertama. Namun, bersambung pada babak kedua, Fairuz FC mula mendominasi perlawanan apabila Sabri Muhammad dan Hazman dimasukkan menggantikan Nurman Senu dan Hadi Dzulkifli.

    Hasilnya, pada minit-minit terakhir perlawanan, penyerang gantian Muhammad Hazman berjaya menjaringkan gol kemenangan buat pasukan Fairuz FC apabila mudah menolak masuk bola hantaran Sabri ketika pertahanan Berlian sedang kelam kabut dihadapan gawang. Walaupun menang keatas pasukan Berlian, namun ia telah terlambat buat Fairuz FC mengangkat gelaran selaku Juara Liga MIGTY yang hanya diadakan sekali dalam 5 tahun.

   Ketika disoal oleh media, kapten pasukan Berlian FC, Shahrul Afiq berkata, "Kami telah lakukan yang terbaik dan hasilnya adalah luar biasa walaupun kami kecundang di tangan pasukan yang lebih baik. Namun, 1-0 cukup untuk menunjukkan bahawa kami juga merupakan pasukan juara." Manakala, Alif Shahir ketika ditanya oleh media tentang kegagalan kedua pasukannya untuk muncul juara setelah sebelum ini tewas kepada pasukan Delima FC dalam penentuan sepakan penalti dalam saingan Piala Koperasi 2014, dengan tenang menjawab, "Kami bukan gagal. Kami hanya kurang bernasib baik."


Kisah ini adalah benar dan dirujuk dari Buku Ola Bola versi pertama pada 2014. 

HIGHLIGHT PLAYER

ANSARA Muar FC setakat ini masih belum beraksi di mana-mana perlawanan secara formal. Namun, apa salahnya jika kita berkenalan dengan pemain-pemain pasukan ANSARA Muar ini untuk kita mengenali serba sedikit tentang pemain-pemain utama pasukan ini.

HIGHLIGHT PLAYER:


HAZIQ IKHWAN
    Haziq Ikhwan @ Ajiqwan merupakan antara pemain paling lama dalam pasukan MRSM Muar. Pemain berusia 18 tahun ini dahulunya beraksi bersama pasukan Nilam Airlines (2012 - 2014) sebelum berhijrah ke pasukan Mutiara FC (2015 -2016). Pemain berbadan kecil ini juga digelar sebagai Messi Muar kerana kelincahan dan ketenangannya dalam mengawal bola selain memiliki penyudah yang menggerunkan mana-mana penjaga gol. Kehebatan Haziq ini turut diakui oleh senior beliau yang mengakui bahawa beliau layak digelar sebagai Messi Muar.

   Haziq pernah menyarung jersi pasukan utama MRSM Muar dalam Kejohanan Bolasepak MSSD pada 2013, 2014 dan 2016. Membuat penampilan sulungnya bersama skuad MRSM B15 dan memenangi pingat perak menunjukkan bahawa Haziq merupakan antara pemain paling berpengalaman dalam pasukan ini. Haziq mempunyai 8 kap bersama skuad MRSM Muar dan mencetak 1 gol kebangsaan ketika menentang pasukan Naning FC pada peringkat kumpulan yang memihak kepada MRSM Muar dengan kemenangan 8-1.

AHMAD AFIQ
    Ahmad Afiq merupakan pemain sayap yang lincah dan pantas di bahagian sayap kiri. Pemilik nama ini merupakan pemain paling pantas dalam pasukan dan digelar sebagai Gareth Bale. Afiq yang berasal dari Selangor memulakan kariernya di MRSM Muar dengan beraksi bersama pasukan gergasi, Fairuz FC (2012 - 2014) sebelum berhijrah ke Nilam Nuggets FC pada 2015 dan dipinjamkan ke pasukan Berlian FC dengan kontrak 2 tahun bernilai lebih daripada RM10k.

    Afiq beraksi cemerlang sebagai pemain sayap ketika mewakili pasukan Fairuz FC dan juga merupakan watak penting pasukan dalam mencipta kemenangan. Pada 2012, pemain ini telah mengalami kecederaan serius di bahagian tangannya apabila dirempuh oleh pemain pasukan lawan dalam satu perlawanan persahabatan. Kemuncak prestasi beliau ialah pada 2015 apabila meledak lebih daripada 10 jaringan dan membuat banyak hantaran gol dari bahagian kiri. Walaubagaimanapun, pemain lincah ini tidak pernah dipanggil oleh jurulatih kebangsaan untuk mewakili pasukan utama MRSM Muar. 

HARITH ADEHAM
     Adeham atau nama lainnya Idraki antara penyerang pasukan yang berkaliber. Pemain berjersi nombor 23 ini mempunyai kaki kanan yang kuat dan seringkali menjaringkan gol dari jarak jauh. Kelincahan pemain ini apabila membawa bola tidak boleh dinafikan kerana kerap mengkucar-kacirkan pertahanan lawan. Namun begitu, tubuhnya yang kecil menyebabkan beliau mudah mengalami kecederaan. Adeham yang merupakan pemain pasukan Berlian pada 2012 hingga 2014 berjaya membantu pasukannya menyinar pada tahun 2014 apabila berjaya menewaskan pasukan gergasi seperti Fairuz FC dan Delima FC untuk menjadi juara LIga MIGTY 2014 apabila berkelebihan 1 mata berbanding pasukan Fairuz FC.

    Kini, pemain ini sedang beraksi bersama pasukan amatur di Muar iaitu Armada Muar FC yang beraksi dalam saingan Liga Muar dan dikhabarkan mendapat tawaran untuk bermain bersama pasukan PKNS bawah 21 tahun.

Abdul Mukmin ketika aksi latihan pada hari Jumaat



ABDUL MUKMIN
     Antara penyerang berbisa pasukan ANSARA Muar FC ialah pemain kelahiran Kuala Lumpur iaitu Abdul Mukmin. Beliau mencipta kariernya bermula dengan mewakili pasukan Zamrud pada 2012 dan mula menyinar pada 2014. Mukmin yang merupakan peminat setia pasukan Arsenal FC mempunyai skil yang menarik dan penyudah yang tajam melalui tandukan persis Olivier Giroud.
Kemuncak prestasi Mukmin ialah apabila mencipta trio gandingan bersama 2 lagi penyerang prolifik MRSM Muar iaitu Haziq Ikhwan dan Muhammad Hazman yang digelar trio HMH. Mukmin pernah berkata, "Jika Barca ada MSN dan Madrid ada BRB, maka Muar ada HMH."

   Mukmin pernah dipanggil untuk berlatih bersama pasukan kebangsaan namun beliau tidak dipilih pada 2014 untuk mewakili pasukan MRSM Muar. Walaubagaimanapun, Mukmin sekali lagi dipanggil pada 2016 dan mewakili skuad utama MRSM Muar pada ketika itu dan beraksi sebagai pertahanan kiri. Sebagai seorang penyerang, Mukmin tidak berasa janggal ketika diturunkan untuk beraksi di bahagian pertahanan kiri sebaliknya beliau terus menyerlah membantu pasukan.

Abdul Muhaimin ketika sesi latihan


ABDUL MUHAIMIN
     Abdul Muhaimin merupakan kembar bagi Abdul Mukmin. Beraksi di posisi dominan sebagai seorang penjaga gawang, namun Muhaimin turut mempunyai bakat sebagai seorang pemain tengah. Kekuatan kaki kirinya merupakan suatu kelebihan buat penjaga gawang berusia 18 tahun ini. Muhaimin beraksi bersama pasukan Berlian (2012 - 2014) sebelum berpindah ke Nilam Nuggets pada 2015. Beliau merupakan watak penting pasukan sebagai benteng terakhir pasukan Berlian FC yang muncul sebagai juara Liga Migty pada 2014 dan juga pemenang Sarung Tangan Emas pada 2014. Selain itu, beliau juga merupakan antara pemain yang memenangi Piala Pengetua pada 2015 bersama-sama Hazman.

    Berbeza dengan abangnya, Muhaimin telah mewakili MRSM Muar sejak 2014 sebagai penjaga gawang utama MRSM Muar yang ketika itu tewas di pusingan suku akhir apabila bertemu pasukan Sedarians Tiger (SMK Dato' Seri Amar Diraja). Beliau juga turut terpilih mewakili MRSM Muar pada 2016 dalam kejohanan MSSD B18 dan Piala 4 Penjuru MRSM Johor. 

PENDAHULUAN

  Pasukan bolasepak bekas pelajar MRSM Muar atau dikenali ANSARA MUAR FC merupakan sebuah pasukan bolasepak amatur yang dibarisi pemain-pemain Alumni MRSM Muar berumur lingkungan 20 tahun. Maktab Rendah Sains MARA Muar merupakan sebuah maktab di Johor yang terkenal dengan kehebatan skuad ragbi yang digelar The Predators  selepas penjenamaan semula daripada gelaran asalnya iaitu Bug Bear Rugby Club (BBRC).

     ANSARA Muar FC ini adalah suatu pasukan kecil dan ANSARA Muar sebenarnya mempunyai skuad senior ANSARA Muar yang beraksi di Liga Alumni Kategori Sarjana Muda yang berpangkalan di Bangi. Adalah dimaklumkan bahawa pasukan ANSARA Muar FC ini ialah pasukan junior dan tidak lagi beraksi di dalam mana-mana liga secara formal.

     ANSARA Muar FC ini hanyalah dibarisi oleh pemain-pemain biasa dari batch99 MRSM Muar seperti Abdul Mukmin (Zamrud), Abdul Muhaimin (Nilam), Ahmad Afiq (Berlian), Haziq Ikhwan (Mutiara) dan lain-lain. Walaupun baru ditubuhkan secara tidak rasmi oleh hartawan negara yang tidak mahu dikenali, namun ANSARA Muar FC telah mempunyai lebih 100 pengikut setia di laman Facebook rasmi ANSARA Muar FC (All Starz Ansara Muar) sejak ditubuhkan pada Disember tahun lalu. Kini, pasukan kerdil ini sedang berusaha mencari penaja-penaja rasmi untuk menaja jersi pasukan selain berusaha mengadakan perlawanan persahabatan.

INTERVIEW SESSION

Assalamualaikum and peace be upon you. Today we're having an interview with one of  ANSARA Muar FC player. As you know, ANSARA Muar FC i...