MAIN MENU

Thursday 14 September 2017

A DAY TO BE REMEMBER (PART #1)

         Dalam aksi Liga Migty 2014, pasukan Berlian mencipta kejutan apabila menjuarai Liga MARA Intelligence Talented Youth (MIGTY) dengan kutipan 12 mata apabila menang 4 perlawanan berturut-turut menentang pasukan Delima FC, Mutiara FC, Nilam FC dan Zamrud FC sebelum tewas kepada pasukan Fairuz FC pada pertembungan terakhir. Berlian FC memenangi Liga Migty tersebut dengan kelebihan 1 mata dihadapan Fairuz FC yang sekadar menang 3 perlawanan dan seri 2 perlawanan menentang Nilam FC dan Zamrud FC.

      Dalam perlawanan terakhir liga itu, kedua-dua pasukan tampak bersemangat menunjukkan kemampuan masing-masing. Di atas kertas, peluang kedua-dua pasukan tampak seimbang kerana Berlian mempunyai keeper, Muhaimin yang sedang on-form, bek tengah yang mantap diketuai oleh Eqram dan penyerang berbisa, Adeham. Berlian FC sering melakukan serangan demi serangan ke kubu pasukan Fairuz FC dalam separuh masa pertama. Namun, bersambung pada babak kedua, Fairuz FC mula mendominasi perlawanan apabila Sabri Muhammad dan Hazman dimasukkan menggantikan Nurman Senu dan Hadi Dzulkifli.

    Hasilnya, pada minit-minit terakhir perlawanan, penyerang gantian Muhammad Hazman berjaya menjaringkan gol kemenangan buat pasukan Fairuz FC apabila mudah menolak masuk bola hantaran Sabri ketika pertahanan Berlian sedang kelam kabut dihadapan gawang. Walaupun menang keatas pasukan Berlian, namun ia telah terlambat buat Fairuz FC mengangkat gelaran selaku Juara Liga MIGTY yang hanya diadakan sekali dalam 5 tahun.

   Ketika disoal oleh media, kapten pasukan Berlian FC, Shahrul Afiq berkata, "Kami telah lakukan yang terbaik dan hasilnya adalah luar biasa walaupun kami kecundang di tangan pasukan yang lebih baik. Namun, 1-0 cukup untuk menunjukkan bahawa kami juga merupakan pasukan juara." Manakala, Alif Shahir ketika ditanya oleh media tentang kegagalan kedua pasukannya untuk muncul juara setelah sebelum ini tewas kepada pasukan Delima FC dalam penentuan sepakan penalti dalam saingan Piala Koperasi 2014, dengan tenang menjawab, "Kami bukan gagal. Kami hanya kurang bernasib baik."


Kisah ini adalah benar dan dirujuk dari Buku Ola Bola versi pertama pada 2014. 

No comments:

Post a Comment

INTERVIEW SESSION

Assalamualaikum and peace be upon you. Today we're having an interview with one of  ANSARA Muar FC player. As you know, ANSARA Muar FC i...